CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 9 Mac 2012

MUTIARA KATA INDAH; Kata-Kata Hikmah (v)

Koleksi kata-kata hikmah/
indah dari DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj (v) tuah.jpg



“Usah ditengok tuahnya
orang, tuah sendiri berada di kaki, usah tergadai menjadi arang, tapi terus teguh memotivasi diri.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Pelajaran itu penting, ibarat
lilin apabila bekalan elektik
terputus.” – DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj

“Kan lebih bagus kita ada
benda dan boleh berbangga
dengan apa yang kita ada
daripada kita langsung tak
boleh berbangga sebab
langsung tak ada apa-apa.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-
Haj

“Jadilah cerdik supaya
bergeliga, tapi tak usah terlalu bergeliga nanti hilang pula cerdiknya.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Bukan cantik saja isunya,
tapi kesihatan yang utama.
Bukan lawa dan hansem saja matlamatnya, tapi kesihatan yang utama.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Yang penting tindakannya
bukan apa yang hanya
berlegar di dalam fikirannya.”– DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Kita tertarik ke belakang,
faktor luaran tak banyak
campurtangan, yang
sebetulnya diri kita sendiri
yang jadi dalang.” – DR. HM
TUAH ISKANDAR al-Haj

“Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik.” – DR.HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Bukan semua yang manis itu manis adakalanya di hujung lidah ia manis di hujung tekak menjadi pahit.” – DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj

“Maut juruintai yang tak
pernah lalai.” – DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj

“Biar pendiam tapi berisi,
daripada bising menyusahkan
orang; biar banyak ingatkan
mati, daripada hidup bagaikan
arang.” – DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj

“Tak ada kerja cuba menjaja,
cuba-cuba jugalah menjaja
gula, tak ada kerja cari kerja,
dah ada kerja tak senonoh
pula.” – DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj

“Usah terlalu hairan melihat
pelangi tapi terlebih hairanlah
melihat bagaimana kamu
berdiri.” – DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj

“Berjaya dalam hidup
sekarang ini ialah lambang
orang yang bekerja keras.
Hanya orang yang bekerja
keras dan kuat berusaha akan
menikmati kejayaan. Dan hanya orang yang berani saja akan mampu
menterjemahkan
kejayaannya dalam bentuk
benda. Dan hanya orang yang betul-betul larat, berkeupayaan dan
berkemampuan saja yang
sanggup memiliki benda yang jarang-jarang orang mampu memilikinya.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Alam sediakalanya cantik
dan semua usaha dalam alam ini asalnya cantik, tinggal kita saja nak bagi lebih cantik atau
tak nak bagi cantik.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Musuh kita yang paling jahat
adalah hati kita, tapi kawan
kita yang baik pun adalah hati kita.” – DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj

”Memuji sorang sama sorang itu ampu namanya, mengeji di khalayak ramai itu cabaran namanya, sebab itu pujian adalah racun, cacian adalah
penawar.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Tanpa mulut lidah tak
berfungsi, tanpa lidah mulut
tak bererti.” – DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj

0 ulasan: