Koleksi kata-kata hikmah/
indah dari DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj (iv)
“Bagi yang tahu, yang susah
itu adalah senang, bagi yang tak tahu yang senang itu adalah susah. Tapi bagi yang tak tahu tapi mengaku tahu, yang senang itu akan menyusahkan orang yang
tahu.” – DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
“Orang yang hidupnya
menyusahkan orang
sebenarnya bukanlah orang.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Perkara yang paling seronok dibuat ialah berhutang, perkara yang paling susah untuk dibuat ialah membayar
hutang.” – DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
“Pada asasnya hidup itu
tidaklah susah, yang susah
ciri-ciri untuk menjadikan
hidup itu suatu kehidupan dan biasanya ciri-ciri itu kita
sendiri yang menciptanya.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-
Haj
“Sesuatu yang berharga tak
mudah mendapatkannya,
ibarat memetik bintang di
hujung dunia.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Bukan semua laba itu nikmat, adakalanya laba
mendatangkan bala.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Genggam bara api biar sampai jadi intan.” – DR. HM
TUAH ISKANDAR al-Haj
“Kalau hidung masih
berhingus jangan fikir soal
kahwin, tapi kalau hidung
asyik berhingus itu mungkin
tanda menyesal sebab
berkahwin.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Jodoh memberatkan kepala, setelah mendapat jodoh boleh jadi semakin memberatkan
kepala.” – DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
“Biar berdiri di puncak
tertinggi tapi tanah masih di
kaki daripada kaki memang di tanah, tapi merasakan tidak jejak ke bumi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
”Penjara diri jauh lebih berbahaya daripada penjara
besi.” – DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
“Nak tidur itu mudah, yang
payah nak tidur nyenyak
sepanjang malam, bebas dari igauan ngeri, bebas dari gangguan nyamuk, bebas dari ngorok.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Negara yang maju bukan
negara yang merdeka tapi
bagaimana mereka
menafsirkan erti
kemerdekaan itu.” – DR. HM
TUAH ISKANDAR al-Haj
“Lihatlah alam cari kehebatan, lihatlah diri cari motivasi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Selamatkanlah dirimu dari
penjara diri kerana ia lebih
berbahaya daripada penjara besi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Jumaat, 9 Mac 2012
MUTIARA KATA INDAH; Kata-Kata Hikmah (iv)
Dicatat oleh xHuJaNx di 11:19 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 ulasan:
Catat Ulasan