>>Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.
>>Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
>>Mungkin tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
>>Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.
>>Jangan melarikan diri dari cinta apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti kamu pasti akan teringat-ingatnya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.
>>Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.
>>Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.
>>Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yg tidak mencintaimu tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan dia telah menolak cintamu.
>>Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.
>>Cinta ibarat pasu antik, ia sukar di temui, sukar di perolehi tapi mudah untuk jatuh berderai.
>>Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan di perlukan. Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.
>>Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.
>>Setiap orang punya rasa cinta. Tetapi tidak semua orang merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta tetapi tidak semua mampu mengecapi bahagia.
>>Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat.
>>Manusia tidak jatuh ke dalam cinta dan tidak juga keluar dari cinta. Tetapi manusia tumbuh dan besar dalam cinta.
Rabu, 7 Mac 2012
MADAH; Koleksi Mutiara Kata Cinta
Dicatat oleh xHuJaNx di 8:06 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 ulasan:
Catat Ulasan