Koleksi kata-kata hikmah/
indah dari DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj (ii)
”Sembahyang itu ketenangan. Ketenangan benihnya kepintaran, kepintaran itu jawapnya kecemerlangan. ” –
DR. HM TUAH ISKANDAR al-
Haj
“Manusia takut pada hantu tapi tak takut berperangai macam hantu.” – DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
“Bukan semua yang menggembirakan hati kita
baik untuk kita. Kadang-
kadang yang menggembirakan itu
tersembunyi derita. Dan bukan semua yang
memualkan hati kita tidak
baik untuk kita. Kadang-
kadang di situlah letaknya
bahagia.” – DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
“Pesawat yang betul bukan
saja memastikan kita selamat ke destinasi yang betul, tapi penghujung yang betul.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Baca buku menyuluh ilmu.
Ilmu dibaca banyak manfaat, kenapa susah sangat nak baca buku. Kan buku tu penuh khasiat.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Bawa pulang seorang
sahabat yang tidak jemu-
jemu menasihat – buku.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
”Setiap jalan keluar dari alam
perkahwinan jawapannya
derita, sengsara dan air mata.”– DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Nak mencium wangi jangan berdiri atas duri.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Tanamlah benih yang baik
supaya kamu memetik hasil
yang baik.” – DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
“Nak buat sesuatu jangan
terjah dulu tapi belajarlah
dulu.” – DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj
“Fikir itu kepalanya berkat.” –DR. HM TUAH ISKANDAR al-
Haj
“Cinta untuk dinikmati bukan ditangisi.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Tak semua yang indah tu
membahagiakan, kadang-
kadang ia hanya indah di anak mata, bila di tangan sendiri ia berubah warna.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
“Usah direnung ke langit
hingga terlupakan bumi,
sedangkan langit tak
mungkin dicapai, bumi setia di bawah telapak kaki.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
”Tak ada orang untung sepanjang masa; ada ketikanya rugi jugak; tak ada orang rugi sepanjang masa,
ada ketikanya untung jugak.
” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Jumaat, 9 Mac 2012
MUTIARA KATA INDAH; Kata-Kata Hikmah (ii)
Dicatat oleh xHuJaNx di 11:16 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 ulasan:
Catat Ulasan