CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 9 Mac 2012

MUTIARA KATA INDAH; Kata-Kata Hikmah (i)

Koleksi kata-kata hikmah/indah dari DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj (i)tuah.jpg



“Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan
arang.” – DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj

“Berlarilah terus hingga ke
garisan penamat, sebab
perlumbaan yang tidak
sampai ke garisan penamat
tidak pernah selesai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa
mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang
berharga.” – DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj

“Jadilah orang cerdik supaya senang hidup tapi kalau dah terlalu senang selalu jadi tak cerdik.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Tupai kalau tak pernah jatuh
ke tanah kira memang pandai, tapi bila jatuh itu tentu terlebih pandai.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Jika anda mengaku orang jadilah orang, jangan jadi orang-orang.” – DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj

“Usah mimpi menakluk
bintang kalau bulan pun tak
kelihatan.” – DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj

“Orang yang banyak duit
selalunya tak bawa duit
dalam poket tapi kadang-
kadang orang yang tak bawa duit dalam poket sebab memang tak berduit.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda baik, sebab
orang jahat tak akan pilih
orang jahat untuk
diperdayakan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Belumlah seseorang itu layak
digelar pendekar selagi dia
belum berjuang.” – DR. HM
TUAH ISKANDAR al-Haj

“Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak bertindak.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Apa nak takut dengan madu, masuk ke perut jadi ubat; tapi takutilah lebah, kalau
menyerang boleh padam.” –
DR. HM TUAH ISKANDAR al-
Haj

“Kaya bukan tiket hidup bahagia tapi kalau tak kaya kembarnya derita.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Paling indah hidup apabila
kita mendapat semua yang
kita inginkan, tapi paling tak
indah bila dah dapat itulah
punca masalah hidup kita.” –DR. HM TUAH ISKANDAR al- Haj

“Nak pandai belajarlah, tapi kalau nak memandai-mandai
tak payah tunggu pandai.” –
DR. HM TUAH ISKANDAR al-
Haj

0 ulasan: