CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 9 Mac 2012

MUTIARA KATA INDAH; Kata-Kata Hikmah (iii)

Koleksi kata-kata hikmah/indah dari DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj (iii)tuah.jpg


“Tatkala kita di bawah
yakinlah kita pasti akan
berada di atas, dan tatkala
kita berada di atas yakinlah
kita tak selamanya di situ.” –
DR. HM TUAH ISKANDAR al- Haj

“Bertindaklah seperti apa
yang kita nak jadi.” – DR. HM
TUAH ISKANDAR al-Haj

“Usah berhenti mencari maklumat baru sebab setiap maklumat baru menjadi titik pemisah kita daripada tertipu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Kecemerlangan itu bermula dari kebahagiaan dan kebahagiaan itu bermula dari
keredhaan TUHAN, manakala keredhaan TUHAN itu datangnya dari semua perbuatan baik yang kita lakukan.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Hidup bukan perjudian tapi
perjuangan.” – DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj

“Setiap perjalanan hidup
adalah pengalaman. Setiap
pengalaman itu adalah
pengetahuan. Setiap
pengetahuan bermakna
kepandaian dan setiap kepandaian bermakna
kehidupan yang lebih
istimewa.” – DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj

“Perjalanan adalah sebaik-baik guru.” – DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj

“Mengajar binatang bercakap lebih mudah daripada mengajar manusia berhenti
bercakap.”– DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Perkahwinan adalah satu tanggungjawab untuk saling bertanggungjawab.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Tak guna membeli buku kalau tak dibaca, tapi itu lebih
baik daripada langsung tak
kenal buku.” – DR. HM TUAH
ISKANDAR al-Haj

“Kita menghormati diri kita apabila kita berikan dia
kesempatan mengenal ilmu.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Berfikirlah dulu sesaat
sebelum bertindak terus
sepuluh minit.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

“Hakikatnya banyak bangsa di dunia ini telah merdeka tapi fikirannya masih terbelenggu
oleh penjara diri.” – DR. HM
TUAH ISKANDAR al-Haj

“Yang mahu ke depan ramai.
Yang sanggup berdepan saja tak ramai.” – DR. HM TUAHISKANDAR al-Haj

“Kalau nak tahu kita ini tinggi atau rendah, jangan tengok
orang tinggi tapi tengoklah
orang rendah.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

0 ulasan: